Bismillah Alhamdulillah..Assalamualaikum n selamat sejahtera
semua..
Saya mengenali Shaklee vitamin terbaik dunia bukan baru tetapi semenjak 2012 lagi. Ketika itu saya mencari set pantang yang sesuai. Bila nurse kata kemungkinan bayi saya akan dijangkiti jaundis atau demam kuning kerana saya mempunyai talasemia ringan, maka bermula lah ekspedisi saya 'menggoogle' set pantang yang boleh elakkan jaundis atau yang boleh menyebabkan jaundis bayi jadi bertambah teruk. Ternyata Shaklee merupakan vitamin semulajadi yang menjadi pilihan hati. Selain itu set berpantang ni boleh juga diambil ketika hamil dan juga sekaligus menjadi set penyusuan ibu (milk booster).
Suatu ketika dahulu saya pernah duduk di pedalaman Sarawak dek kerana
tanggungjawab pada anak bangsa..
Di pendekkan cerita selepas bersalin anak sulung, saya masih belum dapat
bertukar ke tempat asal, jadi saya bertekad untuk membawa bayi saya ke pulau
tempat saya mengajar iaitu di Kg. Tekajong yang terletak di Pulau Bruit, daerah
Daro,bahagian Mukah,Sarawak..Masa tu memang awal2 dah pasang niat nak susukan
anak secara ekslusif sebab masa hamil lagi dah terdedah dengan kebaikan
penyusuan secara ekslusif terhadap ibu dan bayi. Nanti saya kongsikan manfaat
susu ibu untuk ibu dan bayi ya.
Alhamdulillah kebetulan masa tu ibu saya baru berpencen, beliau sudi
pula temankan saya ke sana. Beliau pun mahukan cucu sulungnya dapat susu yang
terbaik di dunia. Terima kasih mak kerana sentiasa berkorban untuk kami
anak-anaknya. Ramai kawan2 saya yang tinggalkan anak mereka di bawah jagaan ibu
bapa mereka di semenanjung, memandangkan kesusahan membawa anak kecil bersama
merentas lautan, membelah awan untuk ke bumi kenyalang ni tapi bagi saya, saya
ingin terus memberikan susu yang terbaik untuk anak saya..kerana susu ibu ‘is
the best milk in the world’..
So saya pun studi lah siap2 cara nak banyakkan susu ibu, cara nak simpan
stok susu ebm, dan cara nak bawa susu travel guna flight. Memang rajin dan
bersemangat masa tu..banyak juga lah yang saya simpan sepanjang cuti
bersalin.Rahsia banyakkan susu nanti saya cerita ye..Tapi dalam masa yang sama
juga saya selalu terkena bengkak susu. Sakit tu hanya Tuhan saja yang tahu.
Pertama kali kena menggigil-gigil sampai demam. Makan panadol, tuam2 dengan air
suam. Alhamdulillah sejak saya amalkan Lecithin Shaklee saya dah bebas dari
masalah bengkak susu. Alhamdulillah sepanjang berpantang dan menyusukan anak
kedua ni memang tak pernah kena bengkak susu walaupun kadang kala tak
berkesempatan nak pam, mungkin sebab dari hamil lagi saya dah amalkan omega
Guard..
Perjalanan ke kg.Tekajong memang agak mencabar bagi saya ibu menyusukan
anak berusia 4bulan bersama beg2 stok susu..bukan apa ..jauh..Saya perlu
menggunakan pengangkutan udara, air dan darat..ha..mencabar tak..Kebetulan masa
tu semua ahli keluarga saya turut menghantar kami ke sana..diorang semua belum
pernah lihat lagi bagaimana rupa Kg. Tekajong..
Mula2 naik flight dalam 1 jam lebih..ebm saya masih elok lagi..baby pun
xbanyak meragam..senang nak bawa baby susu badan ni naik flite, bila kapal
terbang mula naik terus bagi susu begitu juga bila kapal terbang nak
mendarat..jadi telinga dia xsakit akibat tekanan udara.
![]() |
Gambar atas Flight..tak susah kalau susu badan..bila2 boleh susukan...Muhamad tak banyak ragam masa atas flight..tido je dia.. |
Stok susu saya simpan di dalam beg kedap udara dan saya letak ais. Bila
sampai sahaja di Sibu kami check inn di hotel untuk semalaman kerana perjalanan
akan diteruskan dengan menaiki bot ekspress keesokan paginya..Masa di Sibu ni
lah kami perlu mencari barang keperluan harian dan barang dapur sebelum masuk
ke pulau..Bayangkan lah beg yang saya bawa masa tu dah 4 beg yang penuh dengan
barangan kelengkapan untuk bayi ditambah lagi dengan barang keperluan harian.
Di Sibu, susu masih elok dan saya tambahkan ais ke dalamnya..
Keesokan paginya kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Bruit dengan
menaiki bot ekspress. Perjalanan memakan masa selama hampir 3jam setengah. Masa
tu Muhammad asal naik kenderaan je dia pun buang air besar..so kena basah2 kan
tisu untuk lap. Air untuk cebok memang dah saya siapkan awal2.
Sesampainya di Pulau Bruit, air surut jadi bot tidak dapat masuk sampai
ke jeti kampung, bot ekspress terpaksa berhenti di tengah2 sungai dan kami
perlu naik sampan penduduk kampung untuk ke jeti..Cuaca masa tu agak panas terik.
![]() |
Atas sampan dalam cuaca panas terik. Kepala tutup pakai kain lampin..topi ntah mana masa tu..xdan nak topikan.. |
Untuk ke Kg. Tekajong pula kami perlu menaiki motor selama 30
minit..Oleh kerana barang banyak sangat saya sewa 'gerabak'. Motor tapi belakang ada tempat letak barang.
![]() |
Kat belakang motor, tempat sumbat orang, sekali ngan barang..hee.. |
Dalam keadaan cuaca panas terik begitu susu saya semuanya telah menjadi
cair..Huhu..stok yang selama ini saya simpan dah tak boleh pakai..Bila dah cair
beg simpan susu akan menjadi lebih berat..
Jadi terpaksalah saya buat mandian untuk kecantikan kulit sahaja kerana
susu yang telah cair tidak boleh dibekukan semula dan perlu dihabiskan dalam
masa 24 jam sebelum ia rosak.
Begitulah sedikit kisah untuk saya kongsikan..Mujurlah saya ada set
penyusuan Shaklee..dapatlah saya teruskan misi visi penyusuan ekslusif terhadap
baby saya. Setiap pagi memang saya akan bancuh esp ke dalam minuman saya, dan
mengambil alfafa. Kemudian saya akan pam untuk bekalan Muhamad sebelum saya ke
sekolah.
Di sekolah pula saya akan pam 2 kali iaitu waktu rehat dan sebelum balik
untuk bekalan hari esok Muhamad.Begitulah setiap hari. Vitamin pula saya ambil
untuk kecergasan diri saya. Kalsium pula penting untuk tulang ibu dan bayi.
Kalau nak anak bijak ibu pun xpelupa~al maklum urat dah banyak putus boleh
ambil omega guard...
![]() |
Ini lah dia budak bambam Muhammad..masa ni dalam 6 bulan. Di belakang teman senasib Smis Marini.. |
Sebenarnya set ini juga sesuai diamalkan untuk ibu hamil. Tapi alfafa
tolak tepi dulu la ye masa mengandung. Saya amalkan masa baby dalam perut lagi
untuk kedua-dua anak saya. Vitamin untuk ibu hamil dan menyusu bagus untuk
kesihatan dan kecergasan ibu. Kalau ibu letih, stress, susu pun akan kurang
penghasilannya, betul tak..
Berada di tempat orang, berjauhan dengan suami dan membawa bayi kecil ke
pedalaman memang sebuah kenangan yang tak dapat saya lupakan. Dalam pahit ada
manisnya. Hanya mereka yang pernah mengalaminya yang tahu.Setiap hari saya
menghitung hari bila dapat pulang ke semenanjung..Alhamdulillah Muhammad sihat2
je di sana, jarang dia kena demam. Bayi susu ibu memang mmempunyai antibodi
yang agak kuat berbanding bayi fm. Sebab susu ibu membekalkan semua nutrisi
yang diperlukan secara semula jadi.
Setelah 4 bulan setengah saya membesarkan Muhammad di tempat orang
akhirnya permohonan saya untuk bertukar ke Johor dimakbulkan Allah.
Untuk anak yang kedua ni lain pula ceritanya..anak saya cirit birit bila
saya amalkan alfafa. Jadi saya stop dulu alfafa tapi masih meneruskan dengan
ESP dan vitamin yang lain.
Untuk yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang set penyusuan Shaklee
bolehlah hubungi saya di talian 010 5302853..nak wassap atau telegram pun
boleh..nanti kita story panjang2 ye...
![]() |
Set milk booster Shaklee |
![]() |
Kelebihan set hamil Shaklee |
Kelebihan Susu Ibu
Satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah mendapati penyusuan susu ibu boleh:
- Mengurangkan kematian akibat cirit birit.
Kematian bayi yang diberi susu ibu adalah 7 kali lebih rendah daripada
bayi yang diberi susu formula.
- Mengelakkan bayi dari kekurangan zat besi.
- Menghindarkan jangkitan penyakit perut pada
bayi.
- Merangsang prtumbuhan bayi yang stabil.
- Sebagai perancang keluarga untuk mejarakkan
kehamilan.
- Membantu menurunkan berat badan ibu.
- Menguragkan risiko barah payudara dan barah
ovari pada ibu.
- Meningkatkan kecerdikan bayi pada 3-5 kali ganda
lebih pintar berbanding dengan pemberian susu lain.
Susu ibu mempunyai terlalu
banyak khasiat yang tidak boleh ditandingi oleh susu formula.
- Protein
: Mencukupi untuk perkembangan otak bayi. Ia mudah diserap dan dihadam.
Protein susu lembu susah hadam dan boleh menyebabkan terganggunya
perkembangan otak bayi.
- Lemak
: Sumber tenaga utama bagi bayi. KAndungan lemakberubah semasa penyusuan
susu ibu. Enzim-enzim dalam susu ibu boleh meghadamkan lemak dengan mudah.
- DHA
: Membantu erkembangan otak bayi.
- AA
: Untuk penglihatan retina ( mata ).
- Immunoglobulin
: Untuk memudahkan penghadaman bayi dan menghindarkan bayi dari mendapat
cirit birit.
- Kolostrum
: Sebagai daya pertahanan badan dari penyakit dan mencegah bayi anda
mendapat penyakit kuning.
- Faktor
Bifidus : Merangsang pertmbuhan lactobacillus bifidus bagi memudahkan
proses penghadaman bayi.
- Lactoferin
: Memudahkan penyerapan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.
- Vitamin
dan Mineral : Untuk membantu petumbuhan dan perkembangan bayi mengikut
pertumbuhan bayi anda.
- Hormon
dan Faktor pertumbuhan : Merangsang perut bayi untuk matang dengan lebih
cepat.
Kredit to : http://www.vitamasbiz.com/2013/07/kebaikan-penyusuan-susu-ibu-secara.html
Ayuh ibu2 banyak manfaat sekiranya kita menyusukan bayi dengan susu badan..Mari kuatkan semangat dan teruskan penyusuan ekslusif sehingga anak berumur 2 tahun...
Memang mencabar sebenarnya untuk menyusukan anak ni..Selain daripada bengkak susu yang menyakitkan kadang2 anak pula yang menggigit..Anak yang menyusu badan memang payah nak ditinggalkan..nak masak susah..nak solat pun kena ganti2..tapi kita pandang ke hadapan ye,kita fikir manfaatnya untuk kesihatan anak dan kecerdasan otak anak..
Jom saya kongsikan tips banyakkan susu
Ingat pepatah ni ibu..lagi banyak anak menyusu lagi banyak bekalan susu ..'more demands more supply' selalu kosongkan breast dengan memberi anak susu atau pam keluar susu. Bila breast kosong, otak akan stimulate penghasilan susu semula. Terdapat satu teknik pam untuk memperbanyakkan susu ibu iaitu power pumping.
Selain itu ibu kena jaga makan, banyakkan minum air (3 liter sehari), dan banyakkan berdoa ye..Bila kita berdoa, doa kita itu akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita.
Cara Simpan susu ibu
Okey selamat meneruskan misi penyusuan susu ibu susu terbaik dunia wahai ibu2..saya sayangketat2 ibu2 yang menyusukan bayi..
Memang mencabar sebenarnya untuk menyusukan anak ni..Selain daripada bengkak susu yang menyakitkan kadang2 anak pula yang menggigit..Anak yang menyusu badan memang payah nak ditinggalkan..nak masak susah..nak solat pun kena ganti2..tapi kita pandang ke hadapan ye,kita fikir manfaatnya untuk kesihatan anak dan kecerdasan otak anak..
Jom saya kongsikan tips banyakkan susu
Ingat pepatah ni ibu..lagi banyak anak menyusu lagi banyak bekalan susu ..'more demands more supply' selalu kosongkan breast dengan memberi anak susu atau pam keluar susu. Bila breast kosong, otak akan stimulate penghasilan susu semula. Terdapat satu teknik pam untuk memperbanyakkan susu ibu iaitu power pumping.
Selain itu ibu kena jaga makan, banyakkan minum air (3 liter sehari), dan banyakkan berdoa ye..Bila kita berdoa, doa kita itu akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita.
Cara Simpan susu ibu
Okey selamat meneruskan misi penyusuan susu ibu susu terbaik dunia wahai ibu2..saya sayangketat2 ibu2 yang menyusukan bayi..
satu perkongsian yg menarik :)
ReplyDeleteT.kasih Cik Sal
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete