Bismillahi walhamdulillah..Syukur sangat2 urusan kami sekeluarga
untuk buat pasport anak2 dipermudahkan. Senang kalau dah ada pasport ni,
manalah tahu ada rezeki nak melancong kan,,Lalu Ahad lepas kami bergerak ke
Bangunan Imigresen yang terletak di Setia Tropika Johor Bahru.
Bila sampai orang punyalah ramai. Tapi Alhamdulillah rupa-rupanya
ada kaunter khas bagi mereka yang mengandung, warga emas dan membawa bayi
berumur 2 tahun dan ke bawah.
Ringkasnya dokumen yang perlu ada untuk membuat pasport bayi adalah
:
1)Surat beranak asal dan 1 salinan
2)IC ibu atau bapa atau penjaga dan 1 salinan
3)Gambar Pasport ~ boleh ambil gambar di kedai gambar bersebelahan
kaunter nombor giliran.
Dah lengkap dokumen nombor giliran akan diberi dan dipersilakan ke
kaunter buat pasport yang terletak di tingkat 3.
Kebetulan masa itu admin nak renew pasport admin sekali jadi boleh
dibuat sekali dengan anak2 punya. Oh ya anak admin berusia 4bulan dan 2tahun
setengah. Gambar admin diambil semasa buat pasport. Ada kamera khas disediakan
di setiap kaunter. So tak payah lagi bersusah payah pergi ke kedai gambar
dahulu ye. Cuma anak2 jela yang kena buat kat kedai gambar di tingkat bawah.
Satu lagi tinggi anak2 kena tahu. Tapi jangan risau ada skala
ukuran disediakan di satu sudut dinding di pejabat imigresen tu. Bayi admin
pula diorang main agak-agak je.
Dah settle isi data diperlukan boleh terus buat bayaran di kaunter
yang sama. Bagi bayi 2 tahun dan ke bawah serta warga emas bayaran adalah RM 80
untuk 2 tahun, manakala admin kena RM 100 untuk 2 tahun.
Alhamdulillah dekat ofis tu ada bilik penyusuan, biasalah bawak
bayi mesti nak kena susukan dan kena bersihkan kencing berak dia kan..
Dalam masa sejam begitu pasport pun siap dan dah boleh dikutip di
kaunter yang berlainan. Tapi kami kena tunggu agak lama coz kami pergi tu tak
lama kemudian dah time rehat. Dalam jam 2 lebih baru siap pasport, pergi tadi
jam 11 lebih..Ok la tu tak lama sangat...si abang pun dah tak terkawal, asyik
nak jalan sana sini je..
Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment