Thursday, March 19, 2015

Gout...9 makanan yang perlu dielak..

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian...Biasa kita dengar orang yang mengidap sakit gout mengadu sakit di bahagian kaki..kalau kita yang tak tahu apa2 pasal gout ni boleh dengar dan sekadar bersimpati, tetapi kalau kita faham apa itu gout kita boleh bantu pengidap dengan suplemen yang bersesuaian..jom kita bongkar apa itu gout..

Pengenalan
     Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.  Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).  Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

 Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.   Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
·         Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·         Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·         Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·         Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·         Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·         Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·         Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
·         Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
·         Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
·         Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
·         Kegemukan
·         Darah tinggi
·         Hiperlipidemia
·         Diabetes

Siapa yang berisiko ?

·         Lelaki
·         Wanita menopos
·         Obes / berat badan berlebihan
·         Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
·         Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsd.


Rawatan

·         Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
·         Rawatan serangan akut
·         Rehatkan sendi semasa serangan gout.
·         Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
·         Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
·         Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
·         Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
·         Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

·         Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
·         Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
·         Mengelakkan minuman keras
·         Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


Pemakanan
·         Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN
KURANGKAN MAKAN
1.   Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
2.   Ikan bilis, kembung, sardin
3.   Daging cincang
4.   Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
5.   Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
6.   Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
7.   Peanuts, lentil, beans and peas
8.   Poultry
9.   Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

·         Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·         Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
·         Minum banyak air 
 sumber : Lifeline

Jadi, amat penting untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya adalah supplement berikut (sumber : mama cery)
 
  
1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.





2. Performance drinkmemelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.


3.Omega- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.




testimoni mereka yang berjaya merawat atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar asid uric atau mengurangkan simptom penyakit gout..




kredit :http://www.beehayunos.com/2012/03/kenali-apa-itu-gout-simptom-dan.html

Sekiranya pengunjung ini mendapatkan konsultasi percuma berkaitan gout, bolehlah hubungi saya di talian +6010 5302853 (SITI)

No comments:

Post a Comment