Monday, June 8, 2015

Sakit jantung Pembunuh Senyap..Kenali tanda-tanda

Assalamualaikum..pengunjung blog sekalian..apa khabar..

Pernah tak anda mendapat berita pemergian orang yang anda kenali secara tiba2..? Siti rasa gejala ini adalah normal pada masa kini...Pasti selepas itu ahli keluarga lain megatakan punca kematian adalah sakit jantung kan..

Sebab itu penting bagi kita mengenali gejala-gejala sakit jantung ini..Ok  kali ni kita kupas tanda-tanda sakit jantung ya..

Tanda-tanda sakit jantung

1) Merasa cepat lelah

Dr. Suzanne Staibaum (Ahli Jantung dari Lenox Hill Hospital New York) menyatakan ini adalah tanda-tanda awal penyakit jantung.

2)Kaki membengkak

Kaki membengkak bermakna jantung tidak dapat mengepam darah dengan maksimum dan menyebabkan timbul bengkakan tersebut.

3)Rasa sakit ketika berjalan

Ini bermakna penumpukan lemak telah terjadi pada arteri kaki yang mempunyai kaitan dengan jantung.

4)Sesak nafas

Sesak nafas terjadi kerana cairan yang menumpuk pada sisi kiri jantung.

5)Cemas, berkeringat, mual

Biasanya diikuti oleh sesak nafas, rasa nyeri yang menyebar ke bahagian tubuh yang lain.


3 comments: