Friday, June 5, 2015

Marah Boleh Mengundang Sakit Jantung..?Fakta atau Drama..



Assalamualaikum..Hai apa khabar pengunjung blog Siti sekalian..Jom kita sembang2 satu topik hari ini..Biasa kan kalau kita tengok drama-drama kat tv bila marah sangat je sakit jantung, bila terkejut je sakit jantung especially those yang dah berumut tu yang jadi CEO syarikat kononnya..Tapi betul ke kalau kita rasa marah kita boleh mengundang sakit jantung...?

Ok sebenarnya saya ada terbaca di sebuah blog tentang perkara ini...Satu Kajian telah dijalankan di Australia yang mana hasil kajian mendapati memang benar marah boleh mengundang sakit jantung..Tetapi selain tu ada satu lagi perasaan selain marah yang boleh mengundang sakit jantung..apadia..teruskan membaca..

Kajian dilakukan dengan mengambil 313 orang pesakit di Hospital Royal North Shore di Sydney sebagai sampel kajian.Ia dijalankan pada tahun 2006 sehingga 2012.

Setiap pesakit telah diberikan soalan yang mengandungi serangkai pertanyaan yang  mengundang kemarahan dan menyebabkan serangan jantung dialami oleh mereka. Mereka disuruh menjawab peristiwa yang terjadi selama 48 jam sebelum mengalami serangan jantung.

Daripada penelitian yang dilakukan 8 orang iaitu 2.2 % pesakit telah mengalami kemarahan akut sebelum mengalami serangan jantung.

Jarak di antara waktu kemarahan sehingga serangan jantung tiba ialah di antara 2 sehingga 4 jam.

5 orang responder telah menyatakan bahawa mereka mengalami marah yang amat sangat sebelum mengalami serangan jantung.



Kesimpulan daripada penelitian yang dilakukan adalah:

1. Orang yang suka marah berisiko mendapat serangan jantung 8.5 kali lebih cepat dalam jangka masa 2 jam.

2. Perasaan cemas memicu serangan jantung 9.5 kali cepat daripada marah.

"Walaupun risiko mengalami serangan jantung disebabkan perasaan marah yang melanda diri keci, namun data menunjukkan bahaya itu nyata dan masih ada" Kata Dr. Thomas Buckley yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

sumber : www.indoberita.com

Haa..kawan2 jauhi diri dari marah2..senyum2 selalu...


No comments:

Post a Comment