Wednesday, June 10, 2015

Buah-buahan pelindung jantung..

Assalamualaikum pembaca sekalian..apa khabar..Pernah dengar tak tentang buah-buahan mampu melindungi jantung kita..

Buah yang dimaksudkan adalah buah-buahan yang kaya dengan kalium..Kalium penting untuk tubuh kita kerana kekurangannya (hipokalemia) boleh mengakibatkan gangguan jantung. Ini kerana kalium berperanan dalam pengecutan otot. mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit tubuh serta penghantaran impuls saraf.

Apakah buah-buahan yang kaya dengan kalium..? Sumber kalium terbesar datang dari pisang dan tembikai..satu atau dua biji pisang sehari sudah memadai untuk memenuhi keperluan kalium tubuh. Selain itu kita boleh perolehi kalium daripada kurma, kismis, avokado dan strawberi.

Jom makan buah-buahan..


No comments:

Post a Comment