Sunday, March 8, 2015

Bolehkah Sawan Demam Panas Merosakkan Otak Anak Anda..

Bismillah Alhamdulillah..Bersyukur masih lagi dapat meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini..Beberapa bulan yang lepas, saya sekeluarga diuji apabila anak sulung kami yang berusia 2 tahun diserang sawan dan terpaksa di tahan di wad selama 2hari.

Mula-mula tu si abang ni aktif bermain dan tiba-tiba jatuh terlentang, saya pun angkat la dan pujuk-pujuk. Masa tu saya rasa badan dia dah mula panas. Suami pun ambil termometer dan letak di ketiak. Tengok2 suhu dah 39 darjah apalagi suami admin pun bergegas nak bawa ke klinik. Dalam jam 10 malam suami saya keluar bersama Muhammad yang demam,dan mencari2 klinik di sekitar taman perumahan tetapi semuanya tutup, ada yang doktor tiada.. Saya pula tak ikut kerana sudah agak lewat malam untuk membawa si kecil yang baru berusia 4 bulan keluar. Akhirnya suami saya pun pergi ke HSA. Masa tu keadaan Muhamad masih ok, tapi tak lama kemudian Muhamad terkena sawan di dalam kereta.

Jam 12 malam hati ini mula risau apabila suami dan anak yang dikasihi tak sampai lagi. Sebenarnya admin tertidur tadi bersama si kecil dek kerana keletihan. Apabila saya lihat handset rupa-rupanya suami bagitahu Muhammad kena sawan dan kini ditahan di wad. Rasa nak meletup je dada bila baca sms tersebut..berjujuraian air mata apabila mengenangkan nasib anakanda Muhamad di hospital. Terus saya tak dapat tidur lagi dan mengambil wuduk. Tangan kutadahkan memohon Allah selamatkan anakanda Muhammad.

Hanya Allah sahajalah yang tahu resah hati seorang ibu apabila anak yang dikasihi jatuh sakit..Malam itu saya dan si kecil sahaja tidur di rumah kami.

Keesokannya barulah saya berpeluang melihat keadaan Muhammad..Sepanjang perjalanan ke hospital hati ini sungguh sayu bila mendengar lagu nyanyian Fynn Jamal..anakanda..

Kesian sungguh Muhamad, kecil2 dah masuk wad dengan tangan dicucuk jarum. Muka Muhamad pun nampak cengkung tak bermaya..tidak seperti waktu dia aktif berlari. Yang paling kesian waktu dia meronta-ronta ketika waktu memberi ubat..

Muhamad dibenarkan pulang setelah 2 hari di tahan di wad setelah dr berpuas hati dengan perkembangan beliau..

ada Santa Claus datang sebab dekat2 nak Krismas masa tu
Nota ni admin dapat daripada doktor yang merawat anak admin. Admin kongsikan di sini untuk manfaat bersama.

APAKAH SAWAN DEMAM?

Suhu badan kanak-kanak meningkat dengan lebih mudah, cepat dan lebih tinggi daripada orang dewasa. Kenaikan suhu badan mungkin menyebabkan sawan dan dipanggil sawan demam panas. 1 daripada setiap 30 orang kanak-kanak di bawah umur 6 tahun mengalami sekurang-kurangnya sekali sawan demam panas.

BAGAIMANA MENGENALI SAWAN DEMAM PANAS ?

Kanak-kanak ini menunjukkan sebahagian atau kesemua daripada ciri-ciri berikut :


  • Badan merasa panas
  • Badan, kaki dan tangannya tegang
  • Kaki dan tangannya mungkin bergoncang tanpa rangsangan
  • Dia mungkin jatuh dan mencederakan diri
  • Mulutnya berbuih dengan air liur
  • Dia terbuang air kecil atau besar
  • Dia akan tidur atau tidur atau tidak sedar diri beberapa ketika
  • Apabila terjaga dia agak bingung
BOLEHKAH SAWAN DEMAM PANAS DICEGAH ?

Ya, boleh dicegah sekiranya demam anak anda dapat dikurangkan.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGURANGKAN DEMAMNYA ?

  • Tanggalkan bajunya
  • Lapkan badannya dengan air biasa jangan gunakan air sejuk atau ais
  • Berikan ubat demam ( paracetamol ) mengikut dos 
          a) umur < dari 2 tahun, 5 ml setiap 4 hingga 6 jam
          b) umur  > dari 2 tahun, 10 ml setiap 4 hingga 6 jam

  •  Jangan selimutkan anak anda dengan selimut yang tebal
  • Kipas angin boleh digunakan pada jarak yang dekat, tetapi jika anak anda menggigil, tutup kipas tersebut.
  • Sekiranya demam anak anda berlarutan atau anak anda bertambah sakit, bawa berjumpa doktor.
APA YANG PATUT DIBUAT SEKIRANYA SAWAN BERLAKU ?

1)Baringkan anak anda di tempat yang selamat
2)Baringkan secara mengiring dengan kepalanya di arahkan ke satu sisi untuk memudahkan pernafasan dan mengelakkan dari tercekik.
3)Longgarkan pakaian di leher dan di dada.
4)Jangan masukkan benda ke dalam mulutnya.
5)Hubungi hospital atau dail 999 dan minta pertolongan tetapi jangan tinggalkan anak bersendirian.

BOLEHKAH SAWAN DEMAM PANAS MEROSAKKAN OTAK

JARANG SEKALI, rawatan awal yang betul dan tepat dalam mengawal demam atau menamatkan sawan akan mengurangkan lagi risiko ini. Ingat sawan demam panas boleh dicegah dengan mengawal demam anak anda.


Sumber : Hospital Sultanah Aminah, JB.

Apa yang berlaku mengajar saya untuk lebih berhati2 pada masa yang akan datang..saya kini dah sediakan siap2 ubat masuk bontot sekiranya berlaku kecemasan, tapi yang lebih utama saya kena bagi Muhammad supplement agar antibodi dia kuat dan tak mudah jatuh sakit. Pastinya Shaklee menjadi pilihan hati.. untuk kanak2 macam Muhamad kita boleh beri minyak ikan omega guard,biasanya saya bancuh didalam susu beliau,di samping itu saya juga berikan Muhamad vitamin C chewable.Oleh kerana Muhamad tak pandai lagi mengunyah seperti gula2 jadi saya masukkan juga ke dalam susu beliau..
Semoga permata hati ummi ni terus sihat n ceria..aamiin..

Untuk ibu-ibu prihatin yang ingin mencari supplement terbaik buat si manja anda boleh sms / wassap saya di nombor +6010 5302853


2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan, dan diberikan kesihatan yang berpanjangan ...aamiin..
    comel baby... :)
    t.kasih sudi kunjung blog saya..

    ReplyDelete