Friday, June 12, 2015

Kekurangan Vitamin D membawa penyakit


Apa itu vitamin D

Vitamin D sering dikaitkan dengan matahari kerana vitamin D terbentuk dengan terdedah dengan sinaran matahari pada kulit kita. Lebih 1 billion orang dikenalpasti mengalami kekurangan vitamin D.

Penyakit Ricket sering mempunyai kaitan dengan kekurangan vitamin D selain daripada itu penyakit berkaitan tulang, ketidakseimbangan metabolisa, penyakit berkenaan kardiovaskular, cancer dan lain-lain adalah juga kesan dari kekurangan vitamin D.

Vitamin D terbahagi kepada dua iaitu D2 dan D3. Vitamin D2 boleh didapati pada tumbuh-tumbuhan dan makanan tambahan manakala vitamin D3 boleh didapati pada haiwan dan makanan tambahan.

Vitamin D penting diambil bersama Kalsium kerana ia membantu penyerapan kalsium untuk tulang kita. Jadi vitamin D membantu untuk mengelakkan tulang mudah reput dan nipis.


Vitamin D penting untuk tubuh kita tetapi tubuh kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin D yang mencukupi. Ia boleh didapati dengan memakan makanan tertentu atau mengambil makanan tambahan.

No comments:

Post a Comment