Sunday, May 10, 2015

Vitamin C merangsang pembentukan kolagen..Suplemen wajib setiap hari

Assalamualaikum pengunjung blog yang dikasihi sekalian..apa khabar hari ini..Semoga semua sihat2 dan ceria..

Alhamdulillah diberi peluang untuk bangkit semula hari ini dan dapat duduk depan komputer..hari ni saya nak share sedikit tentang vitamin yang best, vitamin yang boleh dikatakan semua orang suka..kalau kekurangan vitamin ni boleh menyebabkan skurvi (otot menjadi lemah) dan anemia..ha..boleh teka x... apa eh..?

Entri ni pun lama Siti nak update tapi tertangguh, ia hasil perkongsian daripada grup Shaklee Siti..Grup Siti memang best, Leader Grup seorang yang dah capai pendapatan Shaklee 1 juta tau..kami sering kongsi2 studi pasal suplemen Shaklee ni..ha..jom join..!

Ok vitamin yang Siti maksudkan ialah vitamin c..tepuk tangan sendiri la ye bagi yang dah jawab tepat tadi..hihi..

Jom kita kupas apa itu vitamin c ni...


Vitamin C ni terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran..




  • Vitamin c juga dikenali sebagai asid askorbik dan ia adalah nutrien yang boleh larut air dan boleh didapati dalam sesetengah makanan.
  • Dalam tubuh kita ia bertindak sebagai antioksida di mana ia melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Apakah radikal bebas..?

  • Radikal bebas adalah kompoun yang terbentuk apabila tubuh kita menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga.
  • Kita juga terdedah kepada radikal bebas yang ada di persekitaran contohnya seperti asap rokok, pencemaran udara dan sinaran ultra ungu dari pancaran matahari.

  • Vitamin c juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyambungkan sel-sel.
  • Vitamin c juga menyokong penyerpan zat besi dari makanan serta memastikan sistem imun berfungsi dengan baik supaya tubuh dilindungi daripada serangan penyakit.
Manfaat utama vitamin c :
  1. Membentuk kolagen : vitamin c dapat merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan komponen penting untuk otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ia memberi kekenyalan pada kulit supaya tidak berkedut dan menyokong otot supaya tidak lembik.
  2. Membaiki simptom pendarahan : kekurangan vitamin c akan menyebabkan penyakit berkaitan darah seperti gusi berdarah, kulit yang kelihatan lebam, luka lambat sembuh, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Meningkatkan sistem imun : vitamin c membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Vitamin c membantu sel darah putih menentang bakteria seterusnya mengukuhkan sistem imun badan. ia juga menyembuhkan demam selsema dengan cepat.
  4. Berkesan mengurangkan alergi kulit, hidung, asma dan juga penyakit resdung.
  5. Memerangi kanser : vitamin c merupakan antioksidan di mana ia mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells yang berfungsi untuk melawan sel-sel kanser dan menyingkirkan bahan-bahan kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel tubuh.
  6. Mencantikkan kulit : Pengambilan vitamin c setiap hari mampu membaiki kulit dari dalam di mana akulit akan menjadi lebih cerah , melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmentasi adalah penyebab utama kepada masalah jeragat.
  7. Memperbaiki masalah imsomnia: Mengatasi masalah insomnia iaitu masalah sukat tidur malam. Ini kerana vitamin c akan mengurangkan tekanan dan keresahan yang boleh menyebabkan masalah mental.
  8. Mengekalkan kolesterol sihat : Vitamin c mampu mengawal tahap kolesterol dan tekanan darah. Ia mengekalkan kapilari darah yang sihat supaya dapat mencegah masalah penyakit seperti arterisklerosis dan thrombus. Juga menghalang pendarahan dalaman seperti hidung berdarah, pendarahan serebral dan masalah skurvi.
Tu dia..banyaknya manfaat vitamin c yang kita tak tahu kan..berapa banyak pula keperluan vitamin c bagi tubuh kita ye..jom tengok carta berikut :


Wah nampaknya ibu hamil dan ibu menyusu memerlukan lebih vitamin c..tapi perlu ke ek kita ambil vitamin c ni setiap hari...

Vitamin c adalah sejenis vitamin yang bersifat larut air..Oleh kerana vitamin c adalah vitamin yang bersifat larut air maknanya tubuh kita tidak menyimpan vitamin c.

Apabila pengambilan vitamin c melebihi keperluan kita, maka lebihan vitamin c yang tidak diperlukan akan dikumuhkan melalui air kencing.

Oleh sebab itu adalah perlu kita ambil vitamin c ni setiap hari bagi menggantikan vitamin c yang hilang.

Kenapa kita perlu ambil suplemen vitamin c

  • Pengambilan vitamin c melalui makanan sahaja adalah tidak mencukupi untuk keperluan tubuh yang benar2 sihat dalam jangka masa yang panjang.
  • Pengambilan vitamin c melalui sumber makanan seperti sayuran dan buah-buahan adalah tidak mencukupi kerana kandungan vitamin c dalam makanan tersebut akan musnah apabila dimasak (dalam sayuran).
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah tersebut masak ranum. Jadi sekiranya buah tidak ranum, ia hanya membekalkan sedikit kandungan vitamin c. Kandungan vitamin c pada buah-buahan akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
Apakah sustained released formula..?

  1. Sustained release formula bermaksud formula yang menghadkan keterlarutan sesuatu bahan supaya dapat dilepaskan dalam kadar perlahan tetapi berterusan ke dalam darah.
  2. Ini bermakna Sustained Released Vita C Plus Shaklee hanya akan dilepaskan ke dalam darah apabila kuantiti vitamin C mula menyusut. Ia akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam kadar berterusan.
  3. Ujian klinikal menunjukkan bahawa 2 tablet Vita C Plus Shaklee mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.



Cara pengambilan


  • Cara terbaik pengambilan suplemen Vitamin C adalah 2 hingga 3 kali sehari bersama makanan atau selepas makan (bergantung pada jumlah dos).
  • Beberapa kajian menyarankan individu dewasa harus mengambil Vitamin C dalam jumlah 250-500mg 2 atau 3 kali sehari untuk sebarang manfaat.
Vitamin C boleh merawat ;

  1. Alergik hidung/kulit/ekzema
  2. Anemia
  3. Artritis/osteoporosis
  4. Asma
  5. Batu karang
  6. Bronkitis
  7. Cacar air
  8. Darah tinggi/strok
  9. Demam/selsema /batuk
  10. Diabetes
  11. Edema
  12. Fibroid/cyst
  13. Gout
  14. Hidung berdarah
  15. hyper/Hypothyroidisma
  16. Insomnia
  17. Jerawat/akne/bintik penuaan
  18. kanser/tumor
  19. kolesterol tinggi
  20. Kemandulan (lelaki)
  21. Keputihan/ pms / menopaus
  22. Katarak / glaukoma
  23. Ketagih alkohol / rokok
  24. Kemurungan / depresi
  25. Letih / lesu
  26. Masalah bau badan
  27. Masalah ginjal
  28. Masalah kuku
  29. Mati pucuk / masalah prostat
  30. Migrain
  31. Nafas berbau
  32. Parkinson
  33. Patah tulang
  34. Penyakit jantung
  35. Psoriasis
  36. Rambut gugur
  37. Sklerosis
  38. Ulser mulut / tonsil

Apakah kesan kekurangan Vitamin C...?




Haa..memang best vitamin c ni kan kawan2..saya memang ambil setiap hari, kulit muka rasa lebih tegang badan pun rasa segar je..

Bonus untuk anda bulan Jun ni kalau anda beli 1 botol vitamin C anda akan dapat sebotol multivitamin Vitalea tau..tapi anda kenalah daftar ahli dahulu untuk mendapat keistimewaan sebagai ahli di samping pengurangan harga sebanyak 25%..


Hubungi Siti kalau anda ingin dapatkan konsultasi secara percuma +6010 5302853

Jom kita amalkan makan Vitamin C...

P/S Terima kasih Nana / www.blognana.com atas perkongsian ilmu yang diberikan...

2 comments:

  1. Terima kasih info yang bermanfaat untuk di baca oleh masyarakat
    http://akufisio.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info yang bermanfaat untuk di baca oleh masyarakat
    http://akufisio.blogspot.com/

    ReplyDelete