Sunday, March 8, 2015

susu ibu- mengurangkan risiko kematian bayi

Bismillah Alhamdulillah..Assalamualaikum n selamat sejahtera semua..

Saya mengenali Shaklee vitamin terbaik dunia bukan baru tetapi semenjak 2012 lagi. Ketika itu saya mencari set pantang yang sesuai. Bila nurse kata kemungkinan bayi saya akan dijangkiti jaundis atau demam kuning kerana saya mempunyai talasemia ringan, maka bermula lah ekspedisi saya 'menggoogle' set pantang yang boleh elakkan jaundis atau yang boleh menyebabkan jaundis bayi jadi bertambah teruk. Ternyata Shaklee merupakan vitamin semulajadi yang menjadi pilihan hati. Selain itu set berpantang ni boleh juga diambil ketika hamil dan juga sekaligus menjadi set penyusuan ibu (milk booster).


Suatu ketika dahulu saya pernah duduk di pedalaman Sarawak dek kerana tanggungjawab pada anak bangsa..

Di pendekkan cerita selepas bersalin anak sulung, saya masih belum dapat bertukar ke tempat asal, jadi saya bertekad untuk membawa bayi saya ke pulau tempat saya mengajar iaitu di Kg. Tekajong yang terletak di Pulau Bruit, daerah Daro,bahagian Mukah,Sarawak..Masa tu memang awal2 dah pasang niat nak susukan anak secara ekslusif sebab masa hamil lagi dah terdedah dengan kebaikan penyusuan secara ekslusif terhadap ibu dan bayi. Nanti saya kongsikan manfaat susu ibu untuk ibu dan bayi ya.

Alhamdulillah kebetulan masa tu ibu saya baru berpencen, beliau sudi pula temankan saya ke sana. Beliau pun mahukan cucu sulungnya dapat susu yang terbaik di dunia. Terima kasih mak kerana sentiasa berkorban untuk kami anak-anaknya. Ramai kawan2 saya yang tinggalkan anak mereka di bawah jagaan ibu bapa mereka di semenanjung, memandangkan kesusahan membawa anak kecil bersama merentas lautan, membelah awan untuk ke bumi kenyalang ni tapi bagi saya, saya ingin terus memberikan susu yang terbaik untuk anak saya..kerana susu ibu ‘is the best milk in the world’..

So saya pun studi lah siap2 cara nak banyakkan susu ibu, cara nak simpan stok susu ebm, dan cara nak bawa susu travel guna flight. Memang rajin dan bersemangat masa tu..banyak juga lah yang saya simpan sepanjang cuti bersalin.Rahsia banyakkan susu nanti saya cerita ye..Tapi dalam masa yang sama juga saya selalu terkena bengkak susu. Sakit tu hanya Tuhan saja yang tahu. Pertama kali kena menggigil-gigil sampai demam. Makan panadol, tuam2 dengan air suam. Alhamdulillah sejak saya amalkan Lecithin Shaklee saya dah bebas dari masalah bengkak susu. Alhamdulillah sepanjang berpantang dan menyusukan anak kedua ni memang tak pernah kena bengkak susu walaupun kadang kala tak berkesempatan nak pam, mungkin sebab dari hamil lagi saya dah amalkan omega Guard..

Perjalanan ke kg.Tekajong memang agak mencabar bagi saya ibu menyusukan anak berusia 4bulan bersama beg2 stok susu..bukan apa ..jauh..Saya perlu menggunakan pengangkutan udara, air dan darat..ha..mencabar tak..Kebetulan masa tu semua ahli keluarga saya turut menghantar kami ke sana..diorang semua belum pernah lihat lagi bagaimana rupa Kg. Tekajong..

Mula2 naik flight dalam 1 jam lebih..ebm saya masih elok lagi..baby pun xbanyak meragam..senang nak bawa baby susu badan ni naik flite, bila kapal terbang mula naik terus bagi susu begitu juga bila kapal terbang nak mendarat..jadi telinga dia xsakit akibat tekanan udara.

Gambar atas Flight..tak susah kalau susu badan..bila2 boleh susukan...Muhamad tak banyak ragam masa atas flight..tido je dia..
Stok susu saya simpan di dalam beg kedap udara dan saya letak ais. Bila sampai sahaja di Sibu kami check inn di hotel untuk semalaman kerana perjalanan akan diteruskan dengan menaiki bot ekspress keesokan paginya..Masa di Sibu ni lah kami perlu mencari barang keperluan harian dan barang dapur sebelum masuk ke pulau..Bayangkan lah beg yang saya bawa masa tu dah 4 beg yang penuh dengan barangan kelengkapan untuk bayi ditambah lagi dengan barang keperluan harian.

Di Sibu, susu masih elok dan saya tambahkan ais ke dalamnya..

Keesokan paginya kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Bruit dengan menaiki bot ekspress. Perjalanan memakan masa selama hampir 3jam setengah. Masa tu Muhammad asal naik kenderaan je dia pun buang air besar..so kena basah2 kan tisu untuk lap. Air untuk cebok memang dah saya siapkan awal2.

Sesampainya di Pulau Bruit, air surut jadi bot tidak dapat masuk sampai ke jeti kampung, bot ekspress terpaksa berhenti di tengah2 sungai dan kami perlu naik sampan penduduk kampung untuk ke jeti..Cuaca masa tu agak panas terik.

Atas sampan dalam cuaca panas terik. Kepala tutup pakai kain lampin..topi ntah mana masa tu..xdan nak topikan..
Untuk ke Kg. Tekajong pula kami perlu menaiki motor selama 30 minit..Oleh kerana barang banyak sangat saya sewa 'gerabak'. Motor tapi belakang ada tempat letak barang.

Kat belakang motor, tempat sumbat orang, sekali ngan barang..hee..
Dalam keadaan cuaca panas terik begitu susu saya semuanya telah menjadi cair..Huhu..stok yang selama ini saya simpan dah tak boleh pakai..Bila dah cair beg simpan susu akan menjadi lebih berat..

Jadi terpaksalah saya buat mandian untuk kecantikan kulit sahaja kerana susu yang telah cair tidak boleh dibekukan semula dan perlu dihabiskan dalam masa 24 jam sebelum ia rosak.

Begitulah sedikit kisah untuk saya kongsikan..Mujurlah saya ada set penyusuan Shaklee..dapatlah saya teruskan misi visi penyusuan ekslusif terhadap baby saya. Setiap pagi memang saya akan bancuh esp ke dalam minuman saya, dan mengambil alfafa. Kemudian saya akan pam untuk bekalan Muhamad sebelum saya ke sekolah.

Di sekolah pula saya akan pam 2 kali iaitu waktu rehat dan sebelum balik untuk bekalan hari esok Muhamad.Begitulah setiap hari. Vitamin pula saya ambil untuk kecergasan diri saya. Kalsium pula penting untuk tulang ibu dan bayi. Kalau nak anak bijak ibu pun xpelupa~al maklum urat dah banyak putus boleh ambil omega guard...

Ini lah dia budak bambam Muhammad..masa ni dalam 6 bulan. Di belakang teman senasib Smis Marini..

 Sebenarnya set ini juga sesuai diamalkan untuk ibu hamil. Tapi alfafa tolak tepi dulu la ye masa mengandung. Saya amalkan masa baby dalam perut lagi untuk kedua-dua anak saya. Vitamin untuk ibu hamil dan menyusu bagus untuk kesihatan dan kecergasan ibu. Kalau ibu letih, stress, susu pun akan kurang penghasilannya, betul tak..

Berada di tempat orang, berjauhan dengan suami dan membawa bayi kecil ke pedalaman memang sebuah kenangan yang tak dapat saya lupakan. Dalam pahit ada manisnya. Hanya mereka yang pernah mengalaminya yang tahu.Setiap hari saya menghitung hari bila dapat pulang ke semenanjung..Alhamdulillah Muhammad sihat2 je di sana, jarang dia kena demam. Bayi susu ibu memang mmempunyai antibodi yang agak kuat berbanding bayi fm. Sebab susu ibu membekalkan semua nutrisi yang diperlukan secara semula jadi.

Setelah 4 bulan setengah saya membesarkan Muhammad di tempat orang akhirnya permohonan saya untuk bertukar ke Johor dimakbulkan Allah.

Untuk anak yang kedua ni lain pula ceritanya..anak saya cirit birit bila saya amalkan alfafa. Jadi saya stop dulu alfafa tapi masih meneruskan dengan ESP dan vitamin yang lain.


Untuk yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang set penyusuan Shaklee bolehlah hubungi saya di talian 010 5302853..nak wassap atau telegram pun boleh..nanti kita story panjang2 ye...

Set milk booster Shaklee
Kelebihan set hamil Shaklee
Kelebihan Susu Ibu
Satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendapati penyusuan susu ibu boleh:
  • Mengurangkan kematian akibat cirit birit. Kematian bayi yang diberi susu ibu adalah 7 kali lebih rendah daripada bayi yang diberi susu formula.
  • Mengelakkan bayi dari kekurangan zat besi.
  • Menghindarkan jangkitan penyakit perut pada bayi.
  • Merangsang prtumbuhan bayi yang stabil.
  • Sebagai perancang keluarga untuk mejarakkan kehamilan.
  • Membantu menurunkan berat badan ibu.
  • Menguragkan risiko barah payudara dan barah ovari pada ibu.
  • Meningkatkan kecerdikan bayi pada 3-5 kali ganda lebih pintar berbanding dengan pemberian susu lain.

Susu ibu mempunyai terlalu banyak khasiat yang tidak boleh ditandingi oleh susu formula.

  • Protein : Mencukupi untuk perkembangan otak bayi. Ia mudah diserap dan dihadam. Protein susu lembu susah hadam dan boleh menyebabkan terganggunya perkembangan otak bayi.
  • Lemak : Sumber tenaga utama bagi bayi. KAndungan lemakberubah semasa penyusuan susu ibu. Enzim-enzim dalam susu ibu boleh meghadamkan lemak dengan mudah.
  • DHA : Membantu erkembangan otak bayi.
  • AA : Untuk penglihatan retina ( mata ).
  • Immunoglobulin : Untuk memudahkan penghadaman bayi dan menghindarkan bayi dari mendapat cirit birit.
  • Kolostrum : Sebagai daya pertahanan badan dari penyakit dan mencegah bayi anda mendapat penyakit kuning.
  • Faktor Bifidus : Merangsang pertmbuhan lactobacillus bifidus bagi memudahkan proses penghadaman bayi.
  • Lactoferin : Memudahkan penyerapan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.
  • Vitamin dan Mineral : Untuk membantu petumbuhan dan perkembangan bayi mengikut pertumbuhan bayi anda.
  • Hormon dan Faktor pertumbuhan : Merangsang perut bayi untuk matang dengan lebih cepat.

Kredit to : http://www.vitamasbiz.com/2013/07/kebaikan-penyusuan-susu-ibu-secara.html









Ayuh ibu2 banyak manfaat sekiranya kita menyusukan bayi dengan susu badan..Mari kuatkan semangat dan teruskan penyusuan ekslusif sehingga anak berumur 2 tahun...

Memang mencabar sebenarnya untuk menyusukan anak ni..Selain daripada bengkak susu yang menyakitkan kadang2 anak pula yang menggigit..Anak yang menyusu badan memang payah nak ditinggalkan..nak masak susah..nak solat pun kena ganti2..tapi kita pandang ke hadapan ye,kita fikir manfaatnya untuk kesihatan anak dan kecerdasan otak anak..

Jom saya kongsikan tips banyakkan susu




Ingat pepatah ni ibu..lagi banyak anak menyusu lagi banyak bekalan susu ..'more demands more supply' selalu kosongkan breast dengan memberi anak susu atau pam keluar susu.  Bila breast kosong, otak akan stimulate penghasilan susu semula. Terdapat satu teknik pam untuk memperbanyakkan susu ibu iaitu power pumping.



Selain itu ibu kena jaga makan, banyakkan minum air (3 liter sehari), dan banyakkan berdoa ye..Bila kita berdoa, doa kita itu akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita.



Cara Simpan susu ibu




Okey selamat meneruskan misi penyusuan susu ibu susu terbaik dunia wahai ibu2..saya sayangketat2  ibu2 yang menyusukan bayi..

3 comments: