Sunday, March 8, 2015

Cara Nak Buat Pasport Baby

Bismillahi walhamdulillah..Syukur sangat2 urusan kami sekeluarga untuk buat pasport anak2 dipermudahkan. Senang kalau dah ada pasport ni, manalah tahu ada rezeki nak melancong kan,,Lalu Ahad lepas kami bergerak ke Bangunan Imigresen yang terletak di Setia Tropika Johor Bahru.

Bila sampai orang punyalah ramai. Tapi Alhamdulillah rupa-rupanya ada kaunter khas bagi mereka yang mengandung, warga emas dan membawa bayi berumur 2 tahun dan ke bawah.

Ringkasnya dokumen yang perlu ada untuk membuat pasport bayi adalah :

1)Surat beranak asal dan 1 salinan
2)IC ibu atau bapa atau penjaga dan 1 salinan
3)Gambar Pasport ~ boleh ambil gambar di kedai gambar bersebelahan kaunter nombor giliran.

Dah lengkap dokumen nombor giliran akan diberi dan dipersilakan ke kaunter buat pasport yang terletak di tingkat 3.

Kebetulan masa itu admin nak renew pasport admin sekali jadi boleh dibuat sekali dengan anak2 punya. Oh ya anak admin berusia 4bulan dan 2tahun setengah. Gambar admin diambil semasa buat pasport. Ada kamera khas disediakan di setiap kaunter. So tak payah lagi bersusah payah pergi ke kedai gambar dahulu ye. Cuma anak2 jela yang kena buat kat kedai gambar di tingkat bawah.

Satu lagi tinggi anak2 kena tahu. Tapi jangan risau ada skala ukuran disediakan di satu sudut dinding di pejabat imigresen tu. Bayi admin pula diorang main agak-agak je.

Dah settle isi data diperlukan boleh terus buat bayaran di kaunter yang sama. Bagi bayi 2 tahun dan ke bawah serta warga emas bayaran adalah RM 80 untuk 2 tahun, manakala admin kena RM 100 untuk 2 tahun.

Alhamdulillah dekat ofis tu ada bilik penyusuan, biasalah bawak bayi mesti nak kena susukan dan kena bersihkan kencing berak dia kan..

Dalam masa sejam begitu pasport pun siap dan dah boleh dikutip di kaunter yang berlainan. Tapi kami kena tunggu agak lama coz kami pergi tu tak lama kemudian dah time rehat. Dalam jam 2 lebih baru siap pasport, pergi tadi jam 11 lebih..Ok la tu tak lama sangat...si abang pun dah tak terkawal, asyik nak jalan sana sini je..


Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment