Sunday, March 8, 2015

16 simptom tindak balas penyembuhan..

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian.. Apa khabar semua?

Hari ini saya nak tanya anda 1 soalan..adakah anda ada mengambil apa2 suplement atau apa-apa produk kesihatan..
Bagaimana kesannya terhadap tubuh anda..
Rasa makin sihat atau sebaliknya..

Jika anda ada mengambil sebarang produk kesihatan dan anda mengharapkan segala masalah yang anda alami akan berakhir tetapi sebaliknya pula yang terjadi, ketahuilah bahawa tubuh anda sedang mengalami tindak balas penyembuhan..

Apa dia tindak balas penyembuhan tu ya..?

Tindakbalas penyembuhan merupakan proses memperbaiki sel-sel tubuh untuk berfungsi secara normal apabila menjalani terapi penyembuhan semulajadi. Sel-sel tubuh akan mmemiliki kekuatan untuk mengeluarkan toksin dari dalam tubuh secara semulajadi.
Ini adalah antara beberapa tindakbalas penyembuhan yang mungkin terjadi :

TINDAKBALAS PENYEMBUHAN: SEBAB
1) Badan terasa hangat: Metabolisme meningkat dan menyebabkan suhu badan meningkat sedikit (tetapi tidak berbahaya seperti demam disebabkan infeksi). 

2) Rasa segar pada malam hari: Metabolisme lemak berlebihan dalam badan.

3)Najis hijau / kehitaman: Pembuangan sisa-sisa toksin pada usus besar.

4)Air kencing perah / macam darah: Pembuangan batu karang yang telah hancur bagi pengidap batu karang.

5)Rasa kembung sendawa/buang angin: Proses menormalkan sistem pencernaan.

6)Rasa sakit pada tempat yang memang sudah sakit: Proses pembuangan toksin pada organ yang berkaitan.

7)Mengantuk dan keletihan: Proses pembuangan racun dalam tubuh ketika nutrisi memasuki sistem pembuluh darah.

8)Pening, rasa pitam dan peluh sejuk: Proses pembuangan racun, terutamanya - -pesakit diabetes dan hypertensi.

9)Susah buang air besar atau sembelit: Proses menormalkan sistem pembuangan (usus besar).

10)Keluar jerawat / gatal-gatal pada badan: Proses pembuangan racun dari dalam badan melalui kulit.

11)Haid tidak teratur (sementara): Proses menormalkan keseimbangan hormon dalam badan.

12)Selsema, batuk berkahak: Kalau bukan disebabkan oleh infeksi kuman, ia merupakan proses menormalkan sistem pernafasan yang lemah.

13)Muka sedikit sembab: Proses menormalkan fungsi ginjal.

14)Mulut kering: Proses metabolisme dalam tubuh meningkat (banyakkan minum air kosong).

15)Panas dalam: Memperbaiki sistem kekebalan selular pada mukosa mulut akibat kekurangan beberapa jenis zat gizi (banyakkan minum air kosong).

16)Badan sihat, terus jaga kesihatan sistem imun dengan pemakanan tambahan tertentu.

Semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment