Friday, March 20, 2015

GST..Hindari tekanan Perasaan dengan Minyak Ikan Terbaik Dunia

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian..apa khabar semua..anda sihat hari ni..?dah makan? Hari ni hari ke 2 perlaksanaan GST kan,,ada yang ikat perut tak..hehe..jangan sampai tak makan GST punya pasal...

GST..macam2 cerita yang kita dengar,,saya pun risau ni..harga barang semakin naik..tentu ada sikit rasa tertekan kalau xcukup money kan..Heehe jangan rasa tertekan kawan..nanti orang sebelah2 jadi mangsa,pastu menyesal pulak kita rasa...

Hari ni saya nak cerita sikit tentang vitamin kegemaran saya iaitu Omega Guard..Omega Guard ni yang bestnya ia boleh mengatasi tekanan perasaan tau..jom kita crita lebih details..

Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.



Omega Guard terdiri daripada omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA.
Omega-3
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
o    Mencegah kanser
o    Mencegah pembekuan darah
o    Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
o    Baik untuk pesakit jantung
o    Menghindar tekanan perasaan
o    Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
o    Mencegah asma
o    Meningkatkan daya seksual
o    Mencegah sakit kulit
o    Mengelakkan kanser payu dara
o    Mengelak kanser prostat
o    Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
o    Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.




Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal


OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
o    Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
o    Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
o    Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
o    Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
o    Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
o    Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak
o    Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
o    Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
o    Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
o    Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
o    Batuk berkahak, selesema berterusan
o    Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
o    Sakit Stroke







KENAPA PILIH SHAKLEE

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 



KREDIT kepada http://superbvitamin.blogspot.com/2013/02/kebaikan-dan-keistimewaan-omega-guard.html

Testimoni Pengguna







Kepada yang berminat dengan produk ini boleh hubungi saya di nombor +6010 5302853 (SITI).. jom jaga kesihatan semua..badan cergas otak sihat...





Thursday, March 19, 2015

Kesan terlebih kalsium ke atas buah pinggang

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian,,tahu tak anda pengambilan kalsium yang rendah meningkatkan potensi kita diserang osteoporosis..Sebagai wanita kita memang memerlukan cukup kalsium sebab kita akan membekalkan kalsium kepada anak semasa mengandung dan semasa menyusukan..

Mengapa kita perlukan kalsium?

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.



Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT
1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.




Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan

TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?

Kalsium terlebih...? apa kesannya erk..
Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 

Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.



Kalsium adalah mineral penting yang paling banyak dibutuhkan manusia. Kalsium membantu pembentukan tulang dan gigi dan diperlukan untuk pembekuan darah, transmisi sinyal pada sel saraf, dan kontraksi otot. Kalsium membantu mencegah osteoporosis. Dari semua kalsium yang terkandung dalam tubuh manusia, 99% terletak di tulang dan gigi.
Kalsium juga tampaknya berperan dalam menurunkan tekanan darah, dan terbukti mengurangi risiko penyakit kardiovaskuler pada wanita post-menopause.





Fakta tentang kalsium

  1. Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat.
  2. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.
  3. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.
  4. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.
  5. Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.
  6. Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang.
  7. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  8. Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  9. Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  10. Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.
Kredit to : http://www.cantiksihatsemulajadi.com/

TESTIMONI





Kepada pengunjung yang berminat untuk mendapatkan ostematrix boleh sms atau wassap saya di nombor +6010 5302853...semoga bertemu kembali..

Gout...9 makanan yang perlu dielak..

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian...Biasa kita dengar orang yang mengidap sakit gout mengadu sakit di bahagian kaki..kalau kita yang tak tahu apa2 pasal gout ni boleh dengar dan sekadar bersimpati, tetapi kalau kita faham apa itu gout kita boleh bantu pengidap dengan suplemen yang bersesuaian..jom kita bongkar apa itu gout..

Pengenalan
     Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.  Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).  Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

 Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.   Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
·         Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·         Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·         Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·         Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·         Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·         Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·         Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
·         Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
·         Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
·         Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
·         Kegemukan
·         Darah tinggi
·         Hiperlipidemia
·         Diabetes

Siapa yang berisiko ?

·         Lelaki
·         Wanita menopos
·         Obes / berat badan berlebihan
·         Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
·         Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsd.


Rawatan

·         Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
·         Rawatan serangan akut
·         Rehatkan sendi semasa serangan gout.
·         Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
·         Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
·         Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
·         Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
·         Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

·         Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
·         Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
·         Mengelakkan minuman keras
·         Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


Pemakanan
·         Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN
KURANGKAN MAKAN
1.   Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
2.   Ikan bilis, kembung, sardin
3.   Daging cincang
4.   Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
5.   Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
6.   Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
7.   Peanuts, lentil, beans and peas
8.   Poultry
9.   Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

·         Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·         Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
·         Minum banyak air 
 sumber : Lifeline

Jadi, amat penting untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya adalah supplement berikut (sumber : mama cery)
 
  
1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.





2. Performance drinkmemelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.


3.Omega- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.




testimoni mereka yang berjaya merawat atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar asid uric atau mengurangkan simptom penyakit gout..




kredit :http://www.beehayunos.com/2012/03/kenali-apa-itu-gout-simptom-dan.html

Sekiranya pengunjung ini mendapatkan konsultasi percuma berkaitan gout, bolehlah hubungi saya di talian +6010 5302853 (SITI)